Wednesday 20 November 2013

Cemburu dan kagum..

Salam buat sesiapa pun yg mungkin menjengah sekejap blog ni. Arini nk share satu kisah perjalanan kehidupan seorg anak muda yg bg pendpt saya amat bertuah dan amat menghargai erti kehidupan yg Allah kurniakan. Beliau yg saya ialah arwah Ahmad Ammar.

Sbelum ni, saya tak pernah kenal pun siapa adik Ahmad Ammar ni. Smalam, masa saya dok layan fb, ada antara kwn fb saya upload video tentang arwah. Dr situ lah saya mula berminat nk tau lebih lanjut kisahnya. Maka saya pun mencr fb arwah dan mula membaca satu persatu nukilan, luahan dan juga gambar2 arwah dlm wall fb nya. Kemudian saya follow fb beberapa kenalan dan saudara terdkt arwah termasuk ibunda arwah iaitu Pn.Azlina Aziz, utk mengetahui lebih mendlm latar belakang, keluarga, kwn2, pendidikan, aktiviti2 kemanusiaan dan segala yg berkaitan dgn arwah. Dr situ memang say akui selayaknya arwah mendpt penghormatan sebegitu di penghujung hayatnya. Jd pd yg tk tau lg siapa arwah, apa antara aktiviti yg dilakukan selama beliau hidup dan lain2nya, saya nk share di blog saya yg tk sberapa ni..

AHMAD AMMAR IALAH...Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20thn lalu iaitu pd 1993. Beliau merupakan anak ke empat dan satu2nya anak lelaki Tuan haji Ahmad Azam Abd Rahman dan Pn Azlina Aziz. Ayahnya bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara  yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Turki. Biasanya orang mengalun suara mengaji al quran sekadar menjadi halwa telinga, namun tidak anak muda ini...beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum keluar rumah.

Sept lalu, beliau telah menyertai misi kemanusian ke Syria, letupan kiri dan kanan tidak di hiraukan. Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu hinggalah dia selamat pulang ke Turki. Sejak beliau pulang dari misi itulah, rakan2nya mengelarnya 'syahid yang tertangguh'.

Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013 yang lalu, Istimewanya anak muda ini, dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita, apabila beliau telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima uthmaniyyah dan orang2 kenamaan di sana. Ini bermakna, beliau adalah satu2nya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.

Beliau seorang anak muda yang aktif,dan bercita2 untuk mati syahid. Dari pengamatan kita, beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal,macam anak2 muda yang lain juga, cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang di adakan. Beberapa kali menyertai misi kemanusian. Beliau bercita2 tinggi dan sering cuba menjadi anak muda yang cemerlang!

(Petikan dr blog/web rakan2)

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:
"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari.
Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini. Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)

Begitulah antara kisah2nya, pendpt peribadi saya pula, malu, cemburu dan kagum. Malu sbb diri masih kurang dlm menyumbg sesuatu yg bermakna di jalan Allah ini sptmana arwah begitu byk sumbgn dlm keja2 aktiviti amal dn kemanusiaan dan dlm usia yg masih muda pula. Cemburu sbb pengakhiran hayat arwah mendpt 'berjiran' dgn para syuhadah, ulamak dan yg paling bharga antara makam sahabat Rasulullah iaitu makam Abu Ayyub Al-Ansori. Kagum kerana arwah anak muda Islam dr Malaysia yg begitu cemerlang pencapaian akademiknya dan mendpt penghormatan sedemikian. SubhanAllah!

Al fatihah...