Tuesday 31 December 2013

Kenangan 2013...Harapan 2014

Salam..hanya beberapa jam dr skrg thn 2013 akan berlalu meninggalkan byk kenangan2 suka, duka, pahit dan manis pd kita semua.

Aku pulak, dlm byk2 pengalaman dlm thn 2013 ni, yg paling memberi kesan pd diri aku adalah bila kwn baik aku yg aku dah anggap mcm keluarga aku, tiba2 berubah sikap.

Nak citer la ni. Aku mula nampak perubhn dia kt aku dr segi bila g lunch slalunya dia akan pelawa aku join tp dah tk pelawa lg. Pastu bila tjumpa aku kt kwsn2 opis mcm kt toilet ke kt surau ke, dia tak kata pe2 tp senyum je. Aku prasan sbelum dia jd cmni, ada la insiden ni. Citernya ada satu hari jumaat mlm sabtu dia mesej kt aku, ajak g akuaria klcc esoknya (ari sabtu le) dan jgn heboh2 kt kwn2 lain kt opis. Dia kata g ngan tiga org lg kwn kami. Aku ni heran pasal sejak dah 10thn aku berkwn dgn dia tk penah kami g jenjalan ari cuti. So aku reply mesej dia tanya mcm2..kenapa g ari cuti la, g ngan saper lg la, naper tk bleh heboh2 kt kwn2 len la..aku ni pun sengal tanya mcm2 walhal aku memang tk bleh g pasal laki dan anak2 aku tak sihat time tu (kan mudah kalau aku jwb je tk dpt g..huhuhu) Tp dia tk jwp2 pun mesej2 pertanyaan aku tu. Tak puas hati, aku mesej lak kt salah sorang kwn2 yg dia kata pegi tu, si Norm (nama glem dia la). Norm pun xplen kt aku. So aku bgtau Norm aku tk dpt join.

Next week nya aku keja cm biasa. Tp tu la mcm aku kata td sbelum ni, dia semcm je kt aku. Nk tanya aku mcm takut2. So aku tanya Norm ada tak dia citer atau komplen pe2 pasal aku. Norm kata tkde pulak. Lg aku heran. Mcm2 soalan timbul kt fikiran aku...apa salah aku wt kt dia ke yg aku tk prasan kan. So aku perhati gerak geri dia, air muka dia, dr hari ke hari. Lelama aku jd yakin memang dia ada bengg kt aku. So aku beranikan diri mesej dia, tanya kot2 ada wt salah. Dia reply kata..ya dan puncanya kes g akuaria klcc tu..dia kata aku mcm tk caya dia nk g jenjalan bw anak2 dia dgn anak2 kwn2 kami yg 3 org lg tu. Aku reply lak minta maaf kot aku mcm tak percaya kt dia tp sbenarnya aku bukan tk caya cuma heran je pasal sejak da 10thn kwn tk penah kita kuar ari cuti..kalau kuar time rehat pjg ari jumaat memang slalu la. Tp dia reply smula katanya dia dah tak respect kt aku sejak aritu. So aku mintak maaf la dan tak mahu dipjg2kn lg. Tp dia lak kata aku emo, ego, mcm budak2 sbb mesej kwn dia yg si Norm tu tanya kn hal kenapa dia mcm berubah pd aku...dan tindakan aku bertanya hal dia pd org lain tu katanya menjatuhkn maruah dia pd kwn2 dia yg lain tu (kwn2 yg lain2 tu mcm si Norm, Lel dan Rina, dorang ni staf2 br kt opis kami yg mula bkwn rapat dgn kawan baik aku ni). Bila baca mesej dia kata aku emo, ego, mcm bebudak, memalukan dia dpn kwn2 br dia tu, membuatkan aku jd sedih. Tambah aku sedih sgt2 bila dia mesej katanya, dia tknak berkwn dgn kwn mcm aku ni sbb takut dia akan jd lebih negatif. Lebih kurang gitu le mesej dia. Aku pun nangis la sampai laki aku heran tgk aku mesej2 sambil nangis2.

Aku sedih sgt tu sbb aku sayang dia sbg sahabat baik aku dan sayangkn persahabatan kami. Dia aku dah anggap mcm adik bradik. Kami share kisah suka duka sesama selama ni. Tetiba dia mcm nk menjauhkn diri dr aku dan mcm tak suka sgt kalau aku join dia dan geng2 br dia skrg g lunch ke atau memana dan paling sedih bila mesej dia kata..kalau berkwn lg dgn aku dia jd lebih negatif..huhuhu..Allah je Maha Mengetahui kesedihan aku. Mcm teruk sgt aku ni, kwn bleh putuskan persahabtn semudah tu je. Skrg dah 2 bulan lebih dia memutuskan utk tidak berkwn ngan aku lg. Tarikh 23hb. Oktober 2013 memang aku ingat sbb hari tu le dia mesej kata tknak kwn dgn aku lg. Mcm org putus cinta, aku nangis2 tiap kali teringat hal ni. Tp skrg aku dah tk nangis2 lg. Cuma aku amat2 terkilan dgn keputusan dan tindakan dia. Skrg kalau tjumpa kt toilet ke surau ke, aku tetap tegur dia la..at least kata hai. Dia pun jawap gak cuma tak la mesra mcm dulu lg. Allah je Maha Mengetahui apa yg aku rasa. Kalau terjumpa dia dan geng2 br tu kt kantin lak, tgh ketawa2 bagai dan nampak hepi sgt2, aku kdg2 sedih tp dlm masa sama hepi sbb walau dia dah buat mcm aku tk ujud lg, tak ajak g makan (huhuhu cedih g makan sowang2 je tau), hepi sbb dia nampak hepi tanpa aku. Bg aku biar dia buat apa yg bleh bg dia hepi dan biar dia dpt bsama org2 yg bleh buat dia hepi.

InsyAllah tiap kali teringat dia aku doakan Allah beri segala yg terbaik pd dia, suami dia dan anak2 dia dan moga Allah memberkati, memberi kebahgiaan dan kejayaan pd dia sekeluarga di dunia dan akhirat. Moga thn 2014 nanti memberi segala yg terbaik dan termakbul apa juga permintaan dan impian dia sekeluarga. Aminnn...

Aku pulak amat2 berharap thn 2014 ni persahatan kami akan pulih mcm dedulu.

Thursday 19 December 2013

Joe oh Joe..

Salam..my dear blog n frenz..

Aku nk citer ni. Sejak akhir2 thn ni kan sumer nk kejar wt payment2. So aku n the gang balik lambt ari2 gak la.

Tp pengalaman ptg smalam memang aku tk leh lupa arr. Cenggini citernya..aku tgh wt keja, time tu tinggal aku ngan Sara je..kwn2 len da balik. Sara lapau lak da lewt ptg kan. Dia ajak aku g admin nk panaskan burger dia pasal pantry sana ada byk kemudahan n gadjet2 nk memasak bagai. Pantry kt bahagian teknikal ni (kami unit bangunan) takat ada peti ais n cerek elektrik je.

Maka kami pun bekemas2 brg2 kami, off kan komputer, lampu2 dan tutup pintu2. Masa kami bejalan kt koridor nk g admin, tetiba langkah kami terhenti pasal tekezut bangat tgk ada lembaga tgh bejalan atas hand railing koridor tu. Aku panik dan takut, terus lari pecut 100 meter..sambil jerit "lari Sara lari" kt Sara yg ada kt blakang aku..walaupun Sara memang tgh sama belari ikut aku bila tnampak Si Joe (beruk) tu. Dlm kepala aku teringat tandas kt tepi tangga blakang. Kami terus masuk tandas pompuan. Dpt masuk je aku tergerak hati nak tahan pintu tu dan..tetiba mcm ada org tolak pintu tu..kuat gak aku rasa dia tolak pasal aku yg tahan pintu tu kan. Sara kata kot2 Faizul (kawan kami) yg tolak pasal dia pun geng balik lewat ngan kami selalu. Tp bila tringat Faizul da lama balik, kami agak mesti Si Joe tu yg tolak pintu.

Lama gak kami dok bertapa dlm toilet pasal takut nk kluar. Terbyg kot dia ada dok kt dpn toilet tu kan. Seb baik hubby Sara tipon kata da sampai kt bawah. Terus Sara citer dan suruh hubby dia naik tlg tgk kan ada tak beruk tu kt luar toilet tu. Bila hubby Sara da tgk dan kata bleh kluar, kami pun kluar. Tp dlm hati takut! Mau tak takut badan beruk tu besar, teringat gigi dia yg tajam lg menakutkan!

Rupanya dia masih ada kt ujung bgnan pejabat kami. Cepat2 kami g admin. Dr admin kami perhati je. Tgk beruk tu masuk lak kt bilik meting! Aduyai abes la di sepah2 kn nanti mana2 bekas2 makanan kt pantry atau meja. Cepat2 kami minta abg Yus yg ad lg kt admin. Abg Yus g sana dan tgk2 beruk tu tgh mencr2 makanan. Timbul lak ksian kt hati aku kt beruk tu. Lapar dia agaknya. Maklum la da byk pembangunan, kwsn tempat tinggal dan makanan utk spesis dorang mesti da makin kurang. Pastu bila ternampak abg Yus dtg, terus beruk tu melompat kluar dr opis kami.

Gitu le citer pengalaman aku ngan Sara di kejar Si Joe, beruk tu. Mlm tu kwn aku Farahana watsup kt aku gambar beruk tu tgh meniti hand railing koridor kt pejabat Tanah tingkat satu. Farahana citer kt aku, masa dia nk balik kul 5.30ptg tu Si Joe tgh intai2 kt pejabat Tanah tkt satu tu. Korang tgk gambar yg aku da edit tu. Kt dlm circle no.2 tu Si Joe meniti hand railing koridor pejabat Tanah tkt satu. Dlm circle no.1 lak staf2 pej.Tanah tgh halau Joe. Aku agak pastu Joe naik opis kami kt tingkat tiga time kul 6 lebih masa aku ngan Sara da nk g admin tu. Lepas ni aku harap Joe tu jgn la dtg lg kt opis aku..huhuhu..

Wednesday 20 November 2013

Cemburu dan kagum..

Salam buat sesiapa pun yg mungkin menjengah sekejap blog ni. Arini nk share satu kisah perjalanan kehidupan seorg anak muda yg bg pendpt saya amat bertuah dan amat menghargai erti kehidupan yg Allah kurniakan. Beliau yg saya ialah arwah Ahmad Ammar.

Sbelum ni, saya tak pernah kenal pun siapa adik Ahmad Ammar ni. Smalam, masa saya dok layan fb, ada antara kwn fb saya upload video tentang arwah. Dr situ lah saya mula berminat nk tau lebih lanjut kisahnya. Maka saya pun mencr fb arwah dan mula membaca satu persatu nukilan, luahan dan juga gambar2 arwah dlm wall fb nya. Kemudian saya follow fb beberapa kenalan dan saudara terdkt arwah termasuk ibunda arwah iaitu Pn.Azlina Aziz, utk mengetahui lebih mendlm latar belakang, keluarga, kwn2, pendidikan, aktiviti2 kemanusiaan dan segala yg berkaitan dgn arwah. Dr situ memang say akui selayaknya arwah mendpt penghormatan sebegitu di penghujung hayatnya. Jd pd yg tk tau lg siapa arwah, apa antara aktiviti yg dilakukan selama beliau hidup dan lain2nya, saya nk share di blog saya yg tk sberapa ni..

AHMAD AMMAR IALAH...Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20thn lalu iaitu pd 1993. Beliau merupakan anak ke empat dan satu2nya anak lelaki Tuan haji Ahmad Azam Abd Rahman dan Pn Azlina Aziz. Ayahnya bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara  yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Turki. Biasanya orang mengalun suara mengaji al quran sekadar menjadi halwa telinga, namun tidak anak muda ini...beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum keluar rumah.

Sept lalu, beliau telah menyertai misi kemanusian ke Syria, letupan kiri dan kanan tidak di hiraukan. Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu hinggalah dia selamat pulang ke Turki. Sejak beliau pulang dari misi itulah, rakan2nya mengelarnya 'syahid yang tertangguh'.

Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013 yang lalu, Istimewanya anak muda ini, dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita, apabila beliau telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima uthmaniyyah dan orang2 kenamaan di sana. Ini bermakna, beliau adalah satu2nya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.

Beliau seorang anak muda yang aktif,dan bercita2 untuk mati syahid. Dari pengamatan kita, beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal,macam anak2 muda yang lain juga, cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang di adakan. Beberapa kali menyertai misi kemanusian. Beliau bercita2 tinggi dan sering cuba menjadi anak muda yang cemerlang!

(Petikan dr blog/web rakan2)

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:
"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari.
Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini. Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)

Begitulah antara kisah2nya, pendpt peribadi saya pula, malu, cemburu dan kagum. Malu sbb diri masih kurang dlm menyumbg sesuatu yg bermakna di jalan Allah ini sptmana arwah begitu byk sumbgn dlm keja2 aktiviti amal dn kemanusiaan dan dlm usia yg masih muda pula. Cemburu sbb pengakhiran hayat arwah mendpt 'berjiran' dgn para syuhadah, ulamak dan yg paling bharga antara makam sahabat Rasulullah iaitu makam Abu Ayyub Al-Ansori. Kagum kerana arwah anak muda Islam dr Malaysia yg begitu cemerlang pencapaian akademiknya dan mendpt penghormatan sedemikian. SubhanAllah!

Al fatihah...

Thursday 10 October 2013

TIPON AKU ROSAK...HUHUHU...

Salam n apa khabar blog ku? Lama dah sgt aku tk jenguk2 kau. Rindu la pulak. Blog, kali ni aku nk ngadu kt kau...tp aku rasa nk nangis pun ada ni...huhuhuuuu...tipon aku da rosak...aku tk dpt nk meluahkan rasa semudah dihujung jari lg kt kau..ni aku tpaksa guna opis aku nye pc. Salah aku gak sbb bg anak aku yg kecik tu guna...udah dia menjerit2 naik bingit tinga aku maunya aku tk bagi dia guna..." ibu, nk tipon, nak men Gem" anak aku kata kt aku. Bila aku kata tak boleh, dia jerit2 mcm kena dera jek bunyi nya. Aduyai...Lama2 bila tk makan2 dek pujuk, aku pun tpaksa bg dia. Tup2 bila malam, masa aku nak lepak2 nk tgk FB ker blog kwn2 ker, tgk2 kaler skrin tpon aku gelap jek. Puas aku buat mcm2 tp tetap mcm off je tpon aku tu. So aku tau da rosak ler jawapnya...

Malam esoknya lepas keja, masa on the way nk balik keja tu aku singgah kt Plaza Alam Sentral tmpt aku beli tpon tu. Terus ke tuju kt booth Samsung, kedai tpon tu..pompuan cina tu belek2 tpon aku tu, dia pelik sbb tkde kesan2 terjatuh mcm retak ke apa...aku tgk muka dia berkerut2 konpius...pastu dia suruh aku tinggalkan tpon. Dia kata akan tlg antar kt Waranty Department dorang sbb tpon aku tu masih under waranty...pehh seb baik...aku tanya gak dia kalau kena byr berapa? Pompuan cina tu kata lebih kurang RM680.00. Apa!!! Terus dlm hati aku berdoa jek mudah2an tk kena pe2 byrn ler...kopak aku dibuatnya weiii kalau kena bayar!!

Maka aku pun tk ler dpt lg nk jenguk2 FB dan blog2 pebret yg slalu aku lepak2. So wt masa ni aku guna tpon Nokia lama yg tkder kamera pun tu!! Aduyai rasa mcm susah lak tkdpt guna rangkaian2 berteknologi canggih mcm watsapp ker...FB ker...nk surf tenet ker...nk taip mesej pun asyik tersalah tekan jek!!!

Ni anak aku tu dok tanya je.."Ibu mana tpon?" Aku kata je da tkde, da rosak. Tp biasa la bebudak kan kalau bertanya mau nya tk sah kalau tak bertanya byk2 kali..puas ler asyik ulang jwpan yg sama...ala mcm iklan budak tanya burung apa kt ayah dia tu..ingat tak?..Budak tu tanya byk2 kali kt ayah dia soalan yg sama..."Burung apa ayah?" Ayah dia pun sabauuu jek menjwp byk2 kali jwpan yg sama, "Burung Tiong..." Haa...cmtu ler anak aku tu...hehhehe..kdg2 terhibur gk dgn karenah anak2 kecik ni kan...

Hmmm...ok la tpon...dua minggu lg bleh ler aku giat ber FB dn tgk blog2 kwn2 aku...InsyAllah...so sabauu...


Tuesday 17 September 2013

Jam Tangan vs Gelang Tangan

Salam my dear blog. Mcm biasa aku makin malas nk update n share anything dgn kau blog. Aku perlu memotivasikan diri sendiri dan mencr inspirasi utk meluahkn apa2 yg terlintas difikiran aku atau apa2 yg terbuku di lubuk hati aku ni pd kau blog.

Tp br2 ni masa aku bercuti hari Malaysia kt kg aku di Melaka, nk jd kn cerita, hubby aku tgk surat khabar lama. Pastu dia kata kt aku cmni, "Yangg (aku le), ni la jam tgn yg ayah (ayah dia) nak dah lama dah. Ayah memang penah ckp kt abg, kalau abg ada rezeki duit berlebih satu hari nanti, dia nak abg belikan jam brand ni la (sambil tunjukkan kt aku jam tgn brand TITUS)." Disbbkan aku ni org kampung yg asal2 dulu miskin, so aku tk de pendedahan langsung dgn jam2 tgn yg ber brand2 ni. Asal ada jam, ok dah bg kami. Suami aku bgtau kt aku yg harga jam tu (sptmana yg dia cr kt pakcik google) regernya lebih kurang 1k lebih. So aku pun tetiba saja2 nk mintak jugak pulak utk diri aku (gurau2 je pun). Kau tau blog, suami aku ckp apa? Dia kata, "Hmm... taknk lah! Dulu bg dah gelang tgn (sempena anniversary), tp Ayang hilang kan pulak..taknk bg lg la hadiah yg mahal2 ni..rugi..rugi", dia kata kt aku. Memang aku ngaku dulu dah ter hilangkan gelang tu tp aku tak sengaja kan...pastu ntah knaper tetiba je aku rasa terkecil hati ngan kata2 dia tu. Pasal mcm takut rugi dr nk bg aku hadiah.

Mula la aku pikir mcm2. Aku buat tersenyum2 kt dpn dia. Tp dlm hati sedih ooo.. So blog, kau je tmpt aku meluahkn rasa ni. Aku akan pujuk pelan2 hati aku ni. Takpe. Huhuhu. Patut la selama ni (ceh mula la aku nk mengimbau perkara2 sbelum2 ni), aku perasan dia da takde bg2 lg aku apa2 hadiah yg berbentuk brgan la. Bila time besday aku atau anniversary, dia ajak makan2. Huwaa..cedey..

Tetiba tgh aku layan cedey2 ni kt kau blog, anak aku yg kecik yg tgh syok tido ni aku tgk meresah je pulak. Tk tenang jap aku nk 'ber dua-dua an' dan bercerita cerita an ngan kau blog. Anak aku mcm sama tau hati ibu dia ni cmner. Aku tgk laki aku syok je tido ni. Makin lama makin anak aku resah. Aku musykil dan mula menyiasat tgk2 kt bdn dia dan alamak!..Ada bau acemm!.. adus kau memerut time tido rupanya anak ku! Alahai bertuah btol. Aku apa lg..mula wt operasi ops nyah bhn buangan kt dia. Hehehe..

K, skrg da selesai ops nyah bhn buangan anak aku, maka aku nk sambung berceloteh ngan kau blog. Tp lepas aku wt operasi kt anak aku td kan blog, ntah kenaper tetiba aku menung jap, tgk je muka hubby aku yg tgh tido ni, rasa da tk de rasa nk cedey2 td pulak. Timbul rasa syukur Allah bg aku nikmat semua ni. So aku muhasabah diri aku yg kdg2 ikut hati sgt ni. Aku kata pd diri, biarla tk dpt hadiah2 cmtu asal aku BAHAGIA dan MENSYUKURI NIKMAT YG DIPINJAMKAN UNTUK SEMENTARA NI. Itu lebih amat2 penting..sbb betapa ramai org yg kaya harta benda tp amat2 daif KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN. So aku pun mula rasa da ngantuk ni. Bye2 blog ku cayunk. Nanti bebila free, aku 'borak2' ngan kau lg ye.

Eh jap. Sbelum aku tido, ni aku nk gak bg contoh gelang tgn yg hilang dulu tu. Aku cr kt google gambr tu. Tp bleh la skit2 ada rupa gelang tu la.

K. Wassalam.

Friday 30 August 2013

Selamat Hari Raya.,

Salam n Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada diri sendri, keluarga, kwn2 n saper2 yg kenal aku..dan jugak pd saper2 yg ter terjah kt blog aku yg selalu je sunyi sepi ni. Hehehe pasal aku ni memang kdg2 ada malas skit nk update n3. Tambah2 lg blog ni jarang ada tetamu. Lg la aku tak bmotivasi nk update. Kdg2 jeles gak aku tgk blog org lain ada je tetamu rajin btandg n bebual2 n berkomen2. Jd ada up la skit motibasi dorang nk update kemudian update lg dan lg dan lg kan. Itu le salah satu pemangkin dorang bsemangat kot nk update n3 blog dorang.
Apa yg aku perhatikn, kalau kita ni glemer org suka je nk betandang ke blog kita..atau kalau tak glem lak, tp kalau ada roper yg ala2 retis org suka jek nak datang..atau yg lelaki suka btandang ke blog yg pompuan, lg2 yg masih solo..pastu yg pompuan lak suka btandg ke blog lelaki, tambh2 yg mcm nampak ada2 kan..dah lumrah manusia kan suka yg ada2 je..suka ada ruper, ada harta, ada pangkat or glemer. Pastu kalau blog yg share yg cerita2 or n3 keagamaan ni mcm dorang kurengg nk g bebanding yg citer bab tunjuk skill ke or yg ada citer2 panass ke kan..
Hmmm...wahai blog, kali ni aku nk luahkn n share ngan kau je la. Ni aku nk cerita pasal raya2 aku n family thn 2013 ni. Org lain cerita raya awal2 lg tp aku saja mencr kelainan konon nk cerita raya time da nk abis bln Syawal ni. Kali ni aku beraya kt sbelah umah mertua aku kt k.l. Family suami aku tak besar. Dorang beraya kt sbelah mertua masing2. Suasana raya kt k.l tak la semeriah kt kg. Lgpun umah se2dara mertua ramai kt kg dorang, ket negori 9. Masak rendang dan ketupat pun sikit2 je. Ok la my dear blog, aku pun tak tau nk citer apa lg. Mai aku tunjuk kan kt kau gambar2 rayer aku dan family aku ni. Tgk la muka2 kami sefamily yg tak glem ni..takde iras mana2 retis pun yek..tp kami yg penting kami HAPPYY!!! Yeah yeahhhh...

Tuesday 30 July 2013

Tak Perasan...Orang Femes

Salam Ramadhan 1434H...diam tak diam da masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Rasanya da lama bebenor aku tak mengupdate blog aku ni. Ntah le sejak dua menjak ni aku malas btol nk update. Tp aku suka jd silent reader blog org2 yg aku follow je.

Dalam pada aku asyik layan malas aku nk meng update blog aku ni, byk la pulak perkara2 yg aku tak perasan sgt a.k.a tak amik port langsung, tup2 arini ni aku prasan la yg salah sorang yg da jengah blog aku ni sorang blogger yg tgh femes kt Malaysia skrg ni roper nyer..org tu udah le femes, malah aku dgr2 jd kegilaan blogger2 dan jugak yg takde blog pun follow dia ni..begitu la penangan dia tu dlm dunia sosial blogger2 ni.

So arini aku nk update n promote pasal dia ni la..hehehe. Aku pun da takde idea apa nk cerita ni.

Ekcelli, dr memula aku da ikut blog dia sbb nk tau kisah n pekembgn arwah istrinya. Time tu memang akan khusyuk n tak penah miss baca semua n3 n3 yg dia update mengenai pekembgn kesihatan istri nya yg mengalami brain damage akibat asma kronik. Kdg2 nangis2 aku baca tp kdg2 lak aku gelak sorang2 ngadap p.c aku tu...pasal kdg2 lawak lak n3 dia. Pekembgn tbr dia, aku tgk dia da jd motivator bebas ni semenjak arwah istri nya meninggal pd 2hb April br ni. Alhamdulillah, suka aku tgk dia bersemangat dlm meneruskn kehidupan tanpa istri tcinta nya. Rasanya tak perlu aku cerita byk lg kisah pkembgn dia sbb blogger2 lain da ramai yg tulis kisah dia. Lgpun blog aku ni pun tak se glem blog dia...rasa2 tak ramai bc n3 blog aku ni..

Apapun aku nk rakamkn ucapan tq tq n tq very2 n very2 much pd En.Abil Fikri Bin Ahmad coz sudi jenguk blog aku yg tak glem n femes ni yek. Pd saper2 yg kot2 la tetiba ter terjah kt blog aku ni, tq tq jugak ye n korang bleh la terjah n follow blog En.Abil ni.. www.abil4fauziah.blogspot.com. Tgk jgn tak tgk..tak tgk rugi..tambh2 lg yg tgh mencari2 tu...hehe promote!

Ok la aku nk google menu utk en.abg terchenta pulak.. korang lak layan la gambar2 antara blogger yg tgh fofular a.k.a femes abad ini..

Selamat Berpuasa n Selamat Hari Raya pd En.Abil n kwn2 blogger lain n Mintak Maaf Zahir Batin yek..jgn mara arr En.Abil, nanti tak comel mcm Kak Ton!

Tuesday 11 June 2013

Sumber Gelombang Elektromagnetik Bumi

Menurut hasil penelitian dari 15 Universiti : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yg ada.

Beberapa astronot yg mengangkasa melihat suatu sinar yg teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah atau Ka'bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yg berfungsi bagai mikrofon yg sdg siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis : "...Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu..."Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji & Umrah. Tulisan ini boleh menjawab fitnah & tuduhan jahiliyah yg tak didasari ilmu pengetahuan ; iaitu mengapa kaum Muslimin shalat ke arah kiblat dan bahwa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.

Wallahu a'lam, hanya Allah Yang Maha Tahu.

Keterangan gambar:
1. Hajarul Aswad
2. Pintu Kaabah
3. Mizab atau Pancur Emas
4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)
5. Hijir Ismail
6. Multazam 
7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.
8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
9. Rukun (penjuru)Yamani
10. Rukun (penjuru) Syami
11. Rukun Iraqi
12. Kiswah Kaabah
13. Garis Mula Tawaf

*sumber dari web/blog rakan2, untuk info terperinci sila merujuk kpd yg lebih pakar/layak*

Wednesday 5 June 2013

PERISTIWA ISRA' MIKRAJ

سُبْØ­َانَ اللهِ ، ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ ، Ùˆَ لآ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ اللهُ ، Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ Wa laa haula wa laa quwwata illa billaah…
Hadis Anas bin Malik r.a katanyn:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari
 keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi:
Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. 

Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 
Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. 

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. 

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. 

Tatkala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. 

Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.
(HR Muslim)

*info dr blog2/web2 sahabat2, untuk maklumat terperinci, sila merujuk kpd individu yg lebih pakar/layak, para2 ustaz/ustazah dsbnya*

Monday 3 June 2013

Keladak vs Jernih

Salam. Last week iaitu pd ari Jumaat bsamaan 31hb Mei 2013, arty nk wat n3 pasal ni..tp ada je halnya maka tertunda sampai la arini.

Nk story, yg pd ari yg bertuah tu, arty bersyukur sbb terpilih utk join aktiviti bersama Prof.Muhaya..seorg ikon yg memang cukup terkenal dgn trademark nya iaitu org yg "keladak" dan org yg "jernih" dlm tiap sessi ceramah beliau..

Memang amat2 bersyukur pd Mu Ya Allah sbb mengizinkan diri ini utk berpeluang mendgr ceramah Prof.Muhaya yg bersahaja, relax, santai tp penuh ilmu, tips dan teguran2 membina. So da tau apa ciri2 manusia "jernih" dan "keladak" tu...Antara petikan kata2 yg arty nk share kan bsama,..(moga dpt menjadi ilmu yg dimanfaatkn bsama ye)..
*Apa jua yg kita ingin lakukan bersandarkan utk meraih redha Allah atau penghargaan manusia...then br kita dpt merasakan keikhlasan setiap perbuatan dn amalan.
*Bersihkan hati dgn bersangka baik selalu.
*Jika minda besar, masalah akan menjadi kecil..tp jika minda kecil, masalah akan menjadi besar.
*Sentiasa usaha berbuat sesuatu dgn ikhlas tanpa mengharap ganjaran.
*Anak2 dibwh umur 6 thn mempunyai minda bwh sedar, so ibu bapa seeloknya sentiasa membisikkan kata2 positif pd anak2 mereka terutamanya semasa mereka tidur.
* Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat utk berbuat baik selalu.
* Jangan mencari kesalahan orang lain, fikirkan kesalahan diri sendiri. Kalau kita sentiasa lihat kesalahan dan kelemahan orang lain, maknanya di dalam diri kita penuh dengan perkara yang tidak baik.
* Orang yang mudah tersinggung adalah orang yang sentiasa memikirkan apa orang kata. Fikirkan bahawa hidup ini untuk Allah atau untuk manusia. Katakan pada diri, Ya Ilahi, Kau yang ku tuju, redhaMu yang kucari, kurniakanlah aku petunjukMu.
* Orang yang pandai adalah orang yang pandai memilih pemikirannya.
* Cara nak bahagia adalah cari kasih Allah dan bahagiakan orang lain.
*Ikhlaskan hati, sembunyikan kebaikan kita sebagaimana kita menyembunyikan kesalahan kita.
*Orang yg bahagia adalah yg membahagiakan.

Kalau nk list kn memang byk kata2 hikmah dr Prof. Yg pasti ciri2 di atas td tu antara ciri2 manusia "jernih"...so kita lah yg menentukan siapa diri kita, bagaimana pemikiran kita dn tindakan kita dlm mencari redha Ilahi..InsyAllah..

Monday 27 May 2013

kucing sakit..


Salam.lama la sgt tak meng update blog arty ni..mcm da bersawang2 blog ni...anak2 arty kurang sihat...Alhamdulilah la ibu diorang ni Allah izinkan sihat...Terima kasih kpd Mu Ya Allah...Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan dgn izin Mu...Allahhu Akbar!

Ini la topik yg arty nak share kan utk kita sama2 muhasabah diri mengagungkan Kekuasabn dan Kasih Sayang Mu ya Allah pd kami hamba Mu...

So br2 ni kt area tmpt tinggal arty tu, ada la ternampak seekor kucing yg kurang sihat...tak tau bertuan ke idak sang kucing tu, so arty pun tak le berani nak memandai2 amik dia...cuma memang bila ternampak je doakan dia cepat diizikan sembuh...hampir dua minggu gak kucing tu dok monyok je...matanya pun bengkak sebelah...badannya lemah je...memang kesian sgt tgk...then pg tadi time kami sekeluarga sibuk2 nk g keja, tiba2 ternampak lg kucing tu...Alhamdulillah, nampak dia da mula bleh berjalan...arty tgk dia 'membersihkan' tubuh nya yg sejak sakit tu nampak agak comot...tetiba rasa bersyukur sgt sbb apa yg jd kt kucing tu menunjukkan betapa Allah Maha Berkuasa dan Menyayangi semua makhlukNya...dgn IzinNya lah kucing tu mula pulih sbb tak de sebrg ubat pun atau apa2 bantuan melainkan semata2 pertolongan dr Mu Ya Allah! Subhanallah dan Alhamdulillah...


Friday 17 May 2013

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru...

Salam..arty tahu da agak lambat utk wat n3 ari ibu dan ari guru ni..sajer nak buat lewat skit...bleh kongsikan skali utk ibu2 dan guru2...bleh la kann,...

Untuk Ibu ku,..
Selamat hari ibu khas buat ibu arty (takyah sebut nama la yer..mak saya tu suka low profile..mcm anak dia ni jugak..hihihi..) ..

Ya Allah..
Engkaulah yang melihatnya (mengetahui keadaan ibuku)..
Jika kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa
kau ampunkanlah dosanya..
Jika kau melihat dirinya dalam keadan bersedih
maka gembirakanlah hatinya..


Jika kau melihat dirinya dalam keadaan gembira
maka sempurnakanlah kegembiraannya....
Jika dia sakit
maka sembuhkanlah sakitnya..
Jika dia gelisah/ bimbang
jauhkanlah kegelisahan/kebimbangannya..
Jika dia letih
maka sampaikanlah berita gembira kepadanya
tentang ganjaran yang sgt besar...
~Amin Ya Rabbal Alamin..


Ibu,..saya sayanggg ibu selamanya..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk para cikgu-cikgi pula..
arty nak tujukan lagu ni...moga Allah membalas setiap ilmu yg dicurahkan dgn ganjaran yg besar di sana kelak...InsyAllah..

Ni versi lagu kt malaysia ni..
(anak arty suka sgt lagu ni..)



ni lak lagu dr indon..


Monday 13 May 2013

Terima Kasih...

Salam semua...Actually da beminggu nk post n3 ni... tp ntah apa problem blog areyoung ni tak bleh nk di publish kan n3 yg da siap di edit ni...so arini nak try lagi..

so this n3 areyoung just nk share lagu "Terima Kasih" by Man Bai....sajer jer areyoung share this song dgn kwn2 yg sudi intai2 blog ni....(huhuhu....ada ke yg sudi singgah?) Kalau ada, so areyoung tujukan lagu ni khasss buat korang ekkk...."Terima Kasih"...coz sudi lawat blog yg tak glamerrr ni...

click here...

Saturday 4 May 2013

Selamat Mengundi...

Salam...n hai...arini 5hb. Mei 2013, hari mengundi ke 13...so areyoung pun nk balik mengundi kt kg pg ni nanti...kt Melaka...memula balik kg en.suami areyoung ni kt sini je...kg pantai dalam..hehehe dekat nau (kata org Melaka) ngan umah kami kt klang ni...

So kwn2 yg lain kalau nk balik kg utk mengundi arini, hati2 di perjalanan tu...n utk semua rakyat Malaysia, Selamat Mengundi!

Jom layan lagu mengundi pertama kt Malaysia ni...dulu Tanah Melayu la kan...

Ok, layannnn....

Me...n my blog...

Assalamualaikum...Alhamdulillah akhirnya bjaya gak aku membuat blog aku ni...walaupun aku ni tak ler pro dlm bab berblogging ni....actually aku da ada satu blog sblm ni tp blog tu lebih utk tujuan online business ni...so aku create satu lg blog yg khas utk aku membebel n share cerita2 yg menenangkn minda aku ni...

Areyoung?...aku ler tu...en.abang aku panggil aku ayang...so sajer la aku pilih 'areyoung' tu utk nama blog aku ni....

Aku pikir2 arini date yg sesuaiiii utk aku launch kn 1st n3 blog aku yg biasa2 je ni iaitu 5hb. Mei 2013 (hari mengundi ler)...So dgn lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' aku merasmikan blog aku ni....