Tuesday 11 June 2013

Sumber Gelombang Elektromagnetik Bumi

Menurut hasil penelitian dari 15 Universiti : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yg ada.

Beberapa astronot yg mengangkasa melihat suatu sinar yg teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah atau Ka'bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yg berfungsi bagai mikrofon yg sdg siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis : "...Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu..."Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji & Umrah. Tulisan ini boleh menjawab fitnah & tuduhan jahiliyah yg tak didasari ilmu pengetahuan ; iaitu mengapa kaum Muslimin shalat ke arah kiblat dan bahwa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.

Wallahu a'lam, hanya Allah Yang Maha Tahu.

Keterangan gambar:
1. Hajarul Aswad
2. Pintu Kaabah
3. Mizab atau Pancur Emas
4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)
5. Hijir Ismail
6. Multazam 
7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.
8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
9. Rukun (penjuru)Yamani
10. Rukun (penjuru) Syami
11. Rukun Iraqi
12. Kiswah Kaabah
13. Garis Mula Tawaf

*sumber dari web/blog rakan2, untuk info terperinci sila merujuk kpd yg lebih pakar/layak*

Wednesday 5 June 2013

PERISTIWA ISRA' MIKRAJ

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ Wa laa haula wa laa quwwata illa billaah…
Hadis Anas bin Malik r.a katanyn:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari
 keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi:
Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. 

Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 
Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. 

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. 

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. 

Tatkala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. 

Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.
(HR Muslim)

*info dr blog2/web2 sahabat2, untuk maklumat terperinci, sila merujuk kpd individu yg lebih pakar/layak, para2 ustaz/ustazah dsbnya*

Monday 3 June 2013

Keladak vs Jernih

Salam. Last week iaitu pd ari Jumaat bsamaan 31hb Mei 2013, arty nk wat n3 pasal ni..tp ada je halnya maka tertunda sampai la arini.

Nk story, yg pd ari yg bertuah tu, arty bersyukur sbb terpilih utk join aktiviti bersama Prof.Muhaya..seorg ikon yg memang cukup terkenal dgn trademark nya iaitu org yg "keladak" dan org yg "jernih" dlm tiap sessi ceramah beliau..

Memang amat2 bersyukur pd Mu Ya Allah sbb mengizinkan diri ini utk berpeluang mendgr ceramah Prof.Muhaya yg bersahaja, relax, santai tp penuh ilmu, tips dan teguran2 membina. So da tau apa ciri2 manusia "jernih" dan "keladak" tu...Antara petikan kata2 yg arty nk share kan bsama,..(moga dpt menjadi ilmu yg dimanfaatkn bsama ye)..
*Apa jua yg kita ingin lakukan bersandarkan utk meraih redha Allah atau penghargaan manusia...then br kita dpt merasakan keikhlasan setiap perbuatan dn amalan.
*Bersihkan hati dgn bersangka baik selalu.
*Jika minda besar, masalah akan menjadi kecil..tp jika minda kecil, masalah akan menjadi besar.
*Sentiasa usaha berbuat sesuatu dgn ikhlas tanpa mengharap ganjaran.
*Anak2 dibwh umur 6 thn mempunyai minda bwh sedar, so ibu bapa seeloknya sentiasa membisikkan kata2 positif pd anak2 mereka terutamanya semasa mereka tidur.
* Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat utk berbuat baik selalu.
* Jangan mencari kesalahan orang lain, fikirkan kesalahan diri sendiri. Kalau kita sentiasa lihat kesalahan dan kelemahan orang lain, maknanya di dalam diri kita penuh dengan perkara yang tidak baik.
* Orang yang mudah tersinggung adalah orang yang sentiasa memikirkan apa orang kata. Fikirkan bahawa hidup ini untuk Allah atau untuk manusia. Katakan pada diri, Ya Ilahi, Kau yang ku tuju, redhaMu yang kucari, kurniakanlah aku petunjukMu.
* Orang yang pandai adalah orang yang pandai memilih pemikirannya.
* Cara nak bahagia adalah cari kasih Allah dan bahagiakan orang lain.
*Ikhlaskan hati, sembunyikan kebaikan kita sebagaimana kita menyembunyikan kesalahan kita.
*Orang yg bahagia adalah yg membahagiakan.

Kalau nk list kn memang byk kata2 hikmah dr Prof. Yg pasti ciri2 di atas td tu antara ciri2 manusia "jernih"...so kita lah yg menentukan siapa diri kita, bagaimana pemikiran kita dn tindakan kita dlm mencari redha Ilahi..InsyAllah..