Tuesday 31 December 2013

Kenangan 2013...Harapan 2014

Salam..hanya beberapa jam dr skrg thn 2013 akan berlalu meninggalkan byk kenangan2 suka, duka, pahit dan manis pd kita semua.

Aku pulak, dlm byk2 pengalaman dlm thn 2013 ni, yg paling memberi kesan pd diri aku adalah bila kwn baik aku yg aku dah anggap mcm keluarga aku, tiba2 berubah sikap.

Nak citer la ni. Aku mula nampak perubhn dia kt aku dr segi bila g lunch slalunya dia akan pelawa aku join tp dah tk pelawa lg. Pastu bila tjumpa aku kt kwsn2 opis mcm kt toilet ke kt surau ke, dia tak kata pe2 tp senyum je. Aku prasan sbelum dia jd cmni, ada la insiden ni. Citernya ada satu hari jumaat mlm sabtu dia mesej kt aku, ajak g akuaria klcc esoknya (ari sabtu le) dan jgn heboh2 kt kwn2 lain kt opis. Dia kata g ngan tiga org lg kwn kami. Aku ni heran pasal sejak dah 10thn aku berkwn dgn dia tk penah kami g jenjalan ari cuti. So aku reply mesej dia tanya mcm2..kenapa g ari cuti la, g ngan saper lg la, naper tk bleh heboh2 kt kwn2 len la..aku ni pun sengal tanya mcm2 walhal aku memang tk bleh g pasal laki dan anak2 aku tak sihat time tu (kan mudah kalau aku jwb je tk dpt g..huhuhu) Tp dia tk jwp2 pun mesej2 pertanyaan aku tu. Tak puas hati, aku mesej lak kt salah sorang kwn2 yg dia kata pegi tu, si Norm (nama glem dia la). Norm pun xplen kt aku. So aku bgtau Norm aku tk dpt join.

Next week nya aku keja cm biasa. Tp tu la mcm aku kata td sbelum ni, dia semcm je kt aku. Nk tanya aku mcm takut2. So aku tanya Norm ada tak dia citer atau komplen pe2 pasal aku. Norm kata tkde pulak. Lg aku heran. Mcm2 soalan timbul kt fikiran aku...apa salah aku wt kt dia ke yg aku tk prasan kan. So aku perhati gerak geri dia, air muka dia, dr hari ke hari. Lelama aku jd yakin memang dia ada bengg kt aku. So aku beranikan diri mesej dia, tanya kot2 ada wt salah. Dia reply kata..ya dan puncanya kes g akuaria klcc tu..dia kata aku mcm tk caya dia nk g jenjalan bw anak2 dia dgn anak2 kwn2 kami yg 3 org lg tu. Aku reply lak minta maaf kot aku mcm tak percaya kt dia tp sbenarnya aku bukan tk caya cuma heran je pasal sejak da 10thn kwn tk penah kita kuar ari cuti..kalau kuar time rehat pjg ari jumaat memang slalu la. Tp dia reply smula katanya dia dah tak respect kt aku sejak aritu. So aku mintak maaf la dan tak mahu dipjg2kn lg. Tp dia lak kata aku emo, ego, mcm budak2 sbb mesej kwn dia yg si Norm tu tanya kn hal kenapa dia mcm berubah pd aku...dan tindakan aku bertanya hal dia pd org lain tu katanya menjatuhkn maruah dia pd kwn2 dia yg lain tu (kwn2 yg lain2 tu mcm si Norm, Lel dan Rina, dorang ni staf2 br kt opis kami yg mula bkwn rapat dgn kawan baik aku ni). Bila baca mesej dia kata aku emo, ego, mcm bebudak, memalukan dia dpn kwn2 br dia tu, membuatkan aku jd sedih. Tambah aku sedih sgt2 bila dia mesej katanya, dia tknak berkwn dgn kwn mcm aku ni sbb takut dia akan jd lebih negatif. Lebih kurang gitu le mesej dia. Aku pun nangis la sampai laki aku heran tgk aku mesej2 sambil nangis2.

Aku sedih sgt tu sbb aku sayang dia sbg sahabat baik aku dan sayangkn persahabatan kami. Dia aku dah anggap mcm adik bradik. Kami share kisah suka duka sesama selama ni. Tetiba dia mcm nk menjauhkn diri dr aku dan mcm tak suka sgt kalau aku join dia dan geng2 br dia skrg g lunch ke atau memana dan paling sedih bila mesej dia kata..kalau berkwn lg dgn aku dia jd lebih negatif..huhuhu..Allah je Maha Mengetahui kesedihan aku. Mcm teruk sgt aku ni, kwn bleh putuskan persahabtn semudah tu je. Skrg dah 2 bulan lebih dia memutuskan utk tidak berkwn ngan aku lg. Tarikh 23hb. Oktober 2013 memang aku ingat sbb hari tu le dia mesej kata tknak kwn dgn aku lg. Mcm org putus cinta, aku nangis2 tiap kali teringat hal ni. Tp skrg aku dah tk nangis2 lg. Cuma aku amat2 terkilan dgn keputusan dan tindakan dia. Skrg kalau tjumpa kt toilet ke surau ke, aku tetap tegur dia la..at least kata hai. Dia pun jawap gak cuma tak la mesra mcm dulu lg. Allah je Maha Mengetahui apa yg aku rasa. Kalau terjumpa dia dan geng2 br tu kt kantin lak, tgh ketawa2 bagai dan nampak hepi sgt2, aku kdg2 sedih tp dlm masa sama hepi sbb walau dia dah buat mcm aku tk ujud lg, tak ajak g makan (huhuhu cedih g makan sowang2 je tau), hepi sbb dia nampak hepi tanpa aku. Bg aku biar dia buat apa yg bleh bg dia hepi dan biar dia dpt bsama org2 yg bleh buat dia hepi.

InsyAllah tiap kali teringat dia aku doakan Allah beri segala yg terbaik pd dia, suami dia dan anak2 dia dan moga Allah memberkati, memberi kebahgiaan dan kejayaan pd dia sekeluarga di dunia dan akhirat. Moga thn 2014 nanti memberi segala yg terbaik dan termakbul apa juga permintaan dan impian dia sekeluarga. Aminnn...

Aku pulak amat2 berharap thn 2014 ni persahatan kami akan pulih mcm dedulu.

Thursday 19 December 2013

Joe oh Joe..

Salam..my dear blog n frenz..

Aku nk citer ni. Sejak akhir2 thn ni kan sumer nk kejar wt payment2. So aku n the gang balik lambt ari2 gak la.

Tp pengalaman ptg smalam memang aku tk leh lupa arr. Cenggini citernya..aku tgh wt keja, time tu tinggal aku ngan Sara je..kwn2 len da balik. Sara lapau lak da lewt ptg kan. Dia ajak aku g admin nk panaskan burger dia pasal pantry sana ada byk kemudahan n gadjet2 nk memasak bagai. Pantry kt bahagian teknikal ni (kami unit bangunan) takat ada peti ais n cerek elektrik je.

Maka kami pun bekemas2 brg2 kami, off kan komputer, lampu2 dan tutup pintu2. Masa kami bejalan kt koridor nk g admin, tetiba langkah kami terhenti pasal tekezut bangat tgk ada lembaga tgh bejalan atas hand railing koridor tu. Aku panik dan takut, terus lari pecut 100 meter..sambil jerit "lari Sara lari" kt Sara yg ada kt blakang aku..walaupun Sara memang tgh sama belari ikut aku bila tnampak Si Joe (beruk) tu. Dlm kepala aku teringat tandas kt tepi tangga blakang. Kami terus masuk tandas pompuan. Dpt masuk je aku tergerak hati nak tahan pintu tu dan..tetiba mcm ada org tolak pintu tu..kuat gak aku rasa dia tolak pasal aku yg tahan pintu tu kan. Sara kata kot2 Faizul (kawan kami) yg tolak pasal dia pun geng balik lewat ngan kami selalu. Tp bila tringat Faizul da lama balik, kami agak mesti Si Joe tu yg tolak pintu.

Lama gak kami dok bertapa dlm toilet pasal takut nk kluar. Terbyg kot dia ada dok kt dpn toilet tu kan. Seb baik hubby Sara tipon kata da sampai kt bawah. Terus Sara citer dan suruh hubby dia naik tlg tgk kan ada tak beruk tu kt luar toilet tu. Bila hubby Sara da tgk dan kata bleh kluar, kami pun kluar. Tp dlm hati takut! Mau tak takut badan beruk tu besar, teringat gigi dia yg tajam lg menakutkan!

Rupanya dia masih ada kt ujung bgnan pejabat kami. Cepat2 kami g admin. Dr admin kami perhati je. Tgk beruk tu masuk lak kt bilik meting! Aduyai abes la di sepah2 kn nanti mana2 bekas2 makanan kt pantry atau meja. Cepat2 kami minta abg Yus yg ad lg kt admin. Abg Yus g sana dan tgk2 beruk tu tgh mencr2 makanan. Timbul lak ksian kt hati aku kt beruk tu. Lapar dia agaknya. Maklum la da byk pembangunan, kwsn tempat tinggal dan makanan utk spesis dorang mesti da makin kurang. Pastu bila ternampak abg Yus dtg, terus beruk tu melompat kluar dr opis kami.

Gitu le citer pengalaman aku ngan Sara di kejar Si Joe, beruk tu. Mlm tu kwn aku Farahana watsup kt aku gambar beruk tu tgh meniti hand railing koridor kt pejabat Tanah tingkat satu. Farahana citer kt aku, masa dia nk balik kul 5.30ptg tu Si Joe tgh intai2 kt pejabat Tanah tkt satu tu. Korang tgk gambar yg aku da edit tu. Kt dlm circle no.2 tu Si Joe meniti hand railing koridor pejabat Tanah tkt satu. Dlm circle no.1 lak staf2 pej.Tanah tgh halau Joe. Aku agak pastu Joe naik opis kami kt tingkat tiga time kul 6 lebih masa aku ngan Sara da nk g admin tu. Lepas ni aku harap Joe tu jgn la dtg lg kt opis aku..huhuhu..