Monday 3 June 2013

Keladak vs Jernih

Salam. Last week iaitu pd ari Jumaat bsamaan 31hb Mei 2013, arty nk wat n3 pasal ni..tp ada je halnya maka tertunda sampai la arini.

Nk story, yg pd ari yg bertuah tu, arty bersyukur sbb terpilih utk join aktiviti bersama Prof.Muhaya..seorg ikon yg memang cukup terkenal dgn trademark nya iaitu org yg "keladak" dan org yg "jernih" dlm tiap sessi ceramah beliau..

Memang amat2 bersyukur pd Mu Ya Allah sbb mengizinkan diri ini utk berpeluang mendgr ceramah Prof.Muhaya yg bersahaja, relax, santai tp penuh ilmu, tips dan teguran2 membina. So da tau apa ciri2 manusia "jernih" dan "keladak" tu...Antara petikan kata2 yg arty nk share kan bsama,..(moga dpt menjadi ilmu yg dimanfaatkn bsama ye)..
*Apa jua yg kita ingin lakukan bersandarkan utk meraih redha Allah atau penghargaan manusia...then br kita dpt merasakan keikhlasan setiap perbuatan dn amalan.
*Bersihkan hati dgn bersangka baik selalu.
*Jika minda besar, masalah akan menjadi kecil..tp jika minda kecil, masalah akan menjadi besar.
*Sentiasa usaha berbuat sesuatu dgn ikhlas tanpa mengharap ganjaran.
*Anak2 dibwh umur 6 thn mempunyai minda bwh sedar, so ibu bapa seeloknya sentiasa membisikkan kata2 positif pd anak2 mereka terutamanya semasa mereka tidur.
* Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat utk berbuat baik selalu.
* Jangan mencari kesalahan orang lain, fikirkan kesalahan diri sendiri. Kalau kita sentiasa lihat kesalahan dan kelemahan orang lain, maknanya di dalam diri kita penuh dengan perkara yang tidak baik.
* Orang yang mudah tersinggung adalah orang yang sentiasa memikirkan apa orang kata. Fikirkan bahawa hidup ini untuk Allah atau untuk manusia. Katakan pada diri, Ya Ilahi, Kau yang ku tuju, redhaMu yang kucari, kurniakanlah aku petunjukMu.
* Orang yang pandai adalah orang yang pandai memilih pemikirannya.
* Cara nak bahagia adalah cari kasih Allah dan bahagiakan orang lain.
*Ikhlaskan hati, sembunyikan kebaikan kita sebagaimana kita menyembunyikan kesalahan kita.
*Orang yg bahagia adalah yg membahagiakan.

Kalau nk list kn memang byk kata2 hikmah dr Prof. Yg pasti ciri2 di atas td tu antara ciri2 manusia "jernih"...so kita lah yg menentukan siapa diri kita, bagaimana pemikiran kita dn tindakan kita dlm mencari redha Ilahi..InsyAllah..

No comments:

Post a Comment