Tuesday 17 September 2013

Jam Tangan vs Gelang Tangan

Salam my dear blog. Mcm biasa aku makin malas nk update n share anything dgn kau blog. Aku perlu memotivasikan diri sendiri dan mencr inspirasi utk meluahkn apa2 yg terlintas difikiran aku atau apa2 yg terbuku di lubuk hati aku ni pd kau blog.

Tp br2 ni masa aku bercuti hari Malaysia kt kg aku di Melaka, nk jd kn cerita, hubby aku tgk surat khabar lama. Pastu dia kata kt aku cmni, "Yangg (aku le), ni la jam tgn yg ayah (ayah dia) nak dah lama dah. Ayah memang penah ckp kt abg, kalau abg ada rezeki duit berlebih satu hari nanti, dia nak abg belikan jam brand ni la (sambil tunjukkan kt aku jam tgn brand TITUS)." Disbbkan aku ni org kampung yg asal2 dulu miskin, so aku tk de pendedahan langsung dgn jam2 tgn yg ber brand2 ni. Asal ada jam, ok dah bg kami. Suami aku bgtau kt aku yg harga jam tu (sptmana yg dia cr kt pakcik google) regernya lebih kurang 1k lebih. So aku pun tetiba saja2 nk mintak jugak pulak utk diri aku (gurau2 je pun). Kau tau blog, suami aku ckp apa? Dia kata, "Hmm... taknk lah! Dulu bg dah gelang tgn (sempena anniversary), tp Ayang hilang kan pulak..taknk bg lg la hadiah yg mahal2 ni..rugi..rugi", dia kata kt aku. Memang aku ngaku dulu dah ter hilangkan gelang tu tp aku tak sengaja kan...pastu ntah knaper tetiba je aku rasa terkecil hati ngan kata2 dia tu. Pasal mcm takut rugi dr nk bg aku hadiah.

Mula la aku pikir mcm2. Aku buat tersenyum2 kt dpn dia. Tp dlm hati sedih ooo.. So blog, kau je tmpt aku meluahkn rasa ni. Aku akan pujuk pelan2 hati aku ni. Takpe. Huhuhu. Patut la selama ni (ceh mula la aku nk mengimbau perkara2 sbelum2 ni), aku perasan dia da takde bg2 lg aku apa2 hadiah yg berbentuk brgan la. Bila time besday aku atau anniversary, dia ajak makan2. Huwaa..cedey..

Tetiba tgh aku layan cedey2 ni kt kau blog, anak aku yg kecik yg tgh syok tido ni aku tgk meresah je pulak. Tk tenang jap aku nk 'ber dua-dua an' dan bercerita cerita an ngan kau blog. Anak aku mcm sama tau hati ibu dia ni cmner. Aku tgk laki aku syok je tido ni. Makin lama makin anak aku resah. Aku musykil dan mula menyiasat tgk2 kt bdn dia dan alamak!..Ada bau acemm!.. adus kau memerut time tido rupanya anak ku! Alahai bertuah btol. Aku apa lg..mula wt operasi ops nyah bhn buangan kt dia. Hehehe..

K, skrg da selesai ops nyah bhn buangan anak aku, maka aku nk sambung berceloteh ngan kau blog. Tp lepas aku wt operasi kt anak aku td kan blog, ntah kenaper tetiba aku menung jap, tgk je muka hubby aku yg tgh tido ni, rasa da tk de rasa nk cedey2 td pulak. Timbul rasa syukur Allah bg aku nikmat semua ni. So aku muhasabah diri aku yg kdg2 ikut hati sgt ni. Aku kata pd diri, biarla tk dpt hadiah2 cmtu asal aku BAHAGIA dan MENSYUKURI NIKMAT YG DIPINJAMKAN UNTUK SEMENTARA NI. Itu lebih amat2 penting..sbb betapa ramai org yg kaya harta benda tp amat2 daif KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN. So aku pun mula rasa da ngantuk ni. Bye2 blog ku cayunk. Nanti bebila free, aku 'borak2' ngan kau lg ye.

Eh jap. Sbelum aku tido, ni aku nk gak bg contoh gelang tgn yg hilang dulu tu. Aku cr kt google gambr tu. Tp bleh la skit2 ada rupa gelang tu la.

K. Wassalam.

No comments:

Post a Comment