Tuesday 31 December 2013

Kenangan 2013...Harapan 2014

Salam..hanya beberapa jam dr skrg thn 2013 akan berlalu meninggalkan byk kenangan2 suka, duka, pahit dan manis pd kita semua.

Aku pulak, dlm byk2 pengalaman dlm thn 2013 ni, yg paling memberi kesan pd diri aku adalah bila kwn baik aku yg aku dah anggap mcm keluarga aku, tiba2 berubah sikap.

Nak citer la ni. Aku mula nampak perubhn dia kt aku dr segi bila g lunch slalunya dia akan pelawa aku join tp dah tk pelawa lg. Pastu bila tjumpa aku kt kwsn2 opis mcm kt toilet ke kt surau ke, dia tak kata pe2 tp senyum je. Aku prasan sbelum dia jd cmni, ada la insiden ni. Citernya ada satu hari jumaat mlm sabtu dia mesej kt aku, ajak g akuaria klcc esoknya (ari sabtu le) dan jgn heboh2 kt kwn2 lain kt opis. Dia kata g ngan tiga org lg kwn kami. Aku ni heran pasal sejak dah 10thn aku berkwn dgn dia tk penah kami g jenjalan ari cuti. So aku reply mesej dia tanya mcm2..kenapa g ari cuti la, g ngan saper lg la, naper tk bleh heboh2 kt kwn2 len la..aku ni pun sengal tanya mcm2 walhal aku memang tk bleh g pasal laki dan anak2 aku tak sihat time tu (kan mudah kalau aku jwb je tk dpt g..huhuhu) Tp dia tk jwp2 pun mesej2 pertanyaan aku tu. Tak puas hati, aku mesej lak kt salah sorang kwn2 yg dia kata pegi tu, si Norm (nama glem dia la). Norm pun xplen kt aku. So aku bgtau Norm aku tk dpt join.

Next week nya aku keja cm biasa. Tp tu la mcm aku kata td sbelum ni, dia semcm je kt aku. Nk tanya aku mcm takut2. So aku tanya Norm ada tak dia citer atau komplen pe2 pasal aku. Norm kata tkde pulak. Lg aku heran. Mcm2 soalan timbul kt fikiran aku...apa salah aku wt kt dia ke yg aku tk prasan kan. So aku perhati gerak geri dia, air muka dia, dr hari ke hari. Lelama aku jd yakin memang dia ada bengg kt aku. So aku beranikan diri mesej dia, tanya kot2 ada wt salah. Dia reply kata..ya dan puncanya kes g akuaria klcc tu..dia kata aku mcm tk caya dia nk g jenjalan bw anak2 dia dgn anak2 kwn2 kami yg 3 org lg tu. Aku reply lak minta maaf kot aku mcm tak percaya kt dia tp sbenarnya aku bukan tk caya cuma heran je pasal sejak da 10thn kwn tk penah kita kuar ari cuti..kalau kuar time rehat pjg ari jumaat memang slalu la. Tp dia reply smula katanya dia dah tak respect kt aku sejak aritu. So aku mintak maaf la dan tak mahu dipjg2kn lg. Tp dia lak kata aku emo, ego, mcm budak2 sbb mesej kwn dia yg si Norm tu tanya kn hal kenapa dia mcm berubah pd aku...dan tindakan aku bertanya hal dia pd org lain tu katanya menjatuhkn maruah dia pd kwn2 dia yg lain tu (kwn2 yg lain2 tu mcm si Norm, Lel dan Rina, dorang ni staf2 br kt opis kami yg mula bkwn rapat dgn kawan baik aku ni). Bila baca mesej dia kata aku emo, ego, mcm bebudak, memalukan dia dpn kwn2 br dia tu, membuatkan aku jd sedih. Tambah aku sedih sgt2 bila dia mesej katanya, dia tknak berkwn dgn kwn mcm aku ni sbb takut dia akan jd lebih negatif. Lebih kurang gitu le mesej dia. Aku pun nangis la sampai laki aku heran tgk aku mesej2 sambil nangis2.

Aku sedih sgt tu sbb aku sayang dia sbg sahabat baik aku dan sayangkn persahabatan kami. Dia aku dah anggap mcm adik bradik. Kami share kisah suka duka sesama selama ni. Tetiba dia mcm nk menjauhkn diri dr aku dan mcm tak suka sgt kalau aku join dia dan geng2 br dia skrg g lunch ke atau memana dan paling sedih bila mesej dia kata..kalau berkwn lg dgn aku dia jd lebih negatif..huhuhu..Allah je Maha Mengetahui kesedihan aku. Mcm teruk sgt aku ni, kwn bleh putuskan persahabtn semudah tu je. Skrg dah 2 bulan lebih dia memutuskan utk tidak berkwn ngan aku lg. Tarikh 23hb. Oktober 2013 memang aku ingat sbb hari tu le dia mesej kata tknak kwn dgn aku lg. Mcm org putus cinta, aku nangis2 tiap kali teringat hal ni. Tp skrg aku dah tk nangis2 lg. Cuma aku amat2 terkilan dgn keputusan dan tindakan dia. Skrg kalau tjumpa kt toilet ke surau ke, aku tetap tegur dia la..at least kata hai. Dia pun jawap gak cuma tak la mesra mcm dulu lg. Allah je Maha Mengetahui apa yg aku rasa. Kalau terjumpa dia dan geng2 br tu kt kantin lak, tgh ketawa2 bagai dan nampak hepi sgt2, aku kdg2 sedih tp dlm masa sama hepi sbb walau dia dah buat mcm aku tk ujud lg, tak ajak g makan (huhuhu cedih g makan sowang2 je tau), hepi sbb dia nampak hepi tanpa aku. Bg aku biar dia buat apa yg bleh bg dia hepi dan biar dia dpt bsama org2 yg bleh buat dia hepi.

InsyAllah tiap kali teringat dia aku doakan Allah beri segala yg terbaik pd dia, suami dia dan anak2 dia dan moga Allah memberkati, memberi kebahgiaan dan kejayaan pd dia sekeluarga di dunia dan akhirat. Moga thn 2014 nanti memberi segala yg terbaik dan termakbul apa juga permintaan dan impian dia sekeluarga. Aminnn...

Aku pulak amat2 berharap thn 2014 ni persahatan kami akan pulih mcm dedulu.

No comments:

Post a Comment